Alamak!! Birthday Abg Lan (my sweet little baby a.k.a hubby i) dah dekat....LUSE!!!! blum prepare pape hadiah ni.................................buntu buntu buntu.... meh kite jenguk sket idea2 birthday present yg disenaraikan oleh alamonline.net nih...(ade byk lagi artikel2 yg menarik kt sini tau!)
1. Teknologi. Setiap orang sukakannya apatah lagi kaum lelaki. Teknologi sekarang semakin pantas. Setiap beberapa bulan saja akan ada gajet baru yang akan keluar. Jika anda ada lebihan wang, tidak salah untuk mempertimbangkan hadiah seperti tablet PC, iPad, iPod, notebook, smartphone (iPhone), Plays Station (PS3), Play Station Portable (PSP), Monitor LCD kereta dan lain-lain. Ada juga teknologi yang bermanfaat untuk pendidikan agama seperti Al-Quran Digital Read Pen. Ia sesuai untuk membantu si dia membaca Al-Quran dengan lebih lancar malah dapat memahami isi Al-Quran itu sendiri. ...Bajet..Bajet...Bajet.....
2. Buku kegemaran si dia. Ketahui apa topik dan minat si dia dan berikan sebagai hadiah harijadi. Mudah saja nak tahu apa minat si dia. Cuba bawa si dia masuk ke kedai buku dan perhatikan ruang buku mana yang si dia akan singgah dulu. Jika si dia sukakan majalah, anda boleh langgan majalah kegemaran si dia untuk setahun atau 6 bulan. ....Kalo i beli buku, i rase nnt end up with i yg nyebok baca, Abg Lan tgk je laa i bace ye....
3. Si dia sukakan aktiviti outdoor seperti paintball, jungle tracking, rafting, hiking, trekking, paraglide, skydive, scuba diving, high rope corse, abseiling, rock climbing, caving? Cari satu kelab atau team dan daftarkan nama si dia di sana. Si dia pasti teruja dan berterima kasih kepada anda kerana memahami dirinya.
4. Lelaki yang kaki sukan dan kaki bola. Apa lagi yang lebih menarik jika dapat membawa mereka ke stadium dan lihat sendiri perlawanan sebenar sedang berlangsung. Belikan tiket dan pakejkan sekali dengan jersi bola (dengan nama si dia di belakang jersi) serta aksesori yang lain. Lebih bermakna andai jersi yang anda hadiahkan merangkumi edisi terhad yang sukar diperoleh di pasaran. Si dia pasti menjerit gembira walaupun pasukan kegemarannya kalah dalam perlawanan tersebut. ....suke main bola, tp x suke nengok bola.....
5. Hadiahkan perfume baru. Nampak simple tapi sebenarnya efektif. Pastikan anda mengetahui jenama dan jenis haruman yang si dia sukai terlebih dahulu sebelum membelinya. .....Owh...yg ni pantang nih, both of us amat x suke perfume.....
6. Say cheese! Jika si dia seorang yang menggilai fotografi dan kamera, anda boleh fikirkan untuk memberi hadiah kamera atau aksesori yang terkini dan juga majalah berkaitan fotografi.
7. Need for speed. Tak sah kalau lelaki tidak sukakan kereta atau motorsikal. Oh, maksud saya bukanlah anda perlu hadiahkan kereta atau motorsikal baru. Kalau anda orang kaya oklah. Jika tidak, mungkin anda boleh bawa si dia ke track lumba kereta dan beri peluang si dia memandu kereta berkelajuan tinggi di sana. Atau boleh juga hadiahkan sport rim baru untuk kereta si dia. Si dia pasti berbangga memandu selepas ini. Satu lagi yang boleh anda lukakan ialah hadiahkan tiket Formula 1 Petronas Malaysian Grand Prix.
8. Kenang semula honey moon pertama anda (untuk yang dah berkahwin). Bercutilah semula. Maksud saya berdua-duaan sahaja tanpa anak-anak. Pilih destinasi menarik sama ada di dalam atau di luar negara. Sebelum ke luar negara pastikan si dia dan anda sudah menjelaskan yuran PTPTN, kalau tidak sia-sia sajalah tiket yang anda dah beli tu. ....tang PTPTN tu, mimpi ngeri tuhhh...huhuhuu.....
9. Jam tangan. Hadiah lazim ketika harijadi tapi sentiasa evergreen. Tapi takkanlah nak hadiahkan jam setahun atau dua tahun sekali kan. Jam tangan ada pelbagai jenis. Pastikan si dia itu lelaki yang bagaimana. Sukakan jam yang sporty atau jam yang nampak profesional.
10. Pakaian. Fesyen sentiasa berkembang tetapi fesyen lelaki tidaklah semeriah fesyen pakaian wanita. Apabila ada sesuatu rekaan pakaian baru keluar, mungkin anda boleh belikan satu untuk si dia. ....baru ari tu beli baju baru utk Abg Lan, tp tak muat tang perut nye yg bo*oi tu :p ..........
11. Lelaki sukakan muzik. Antara idea hadiah yang sesuai untuk lelaki begini ialah CD lagu kegemaran si dia, tiket ke konsert, gajet MP3 dan pergi karaoke bersama.
12. Set mengurut elektronik. Di pasaran, banyak peralatan mengurut elektronik diperkenalkan seperti set urut tapak kaki, pinggang dan bahu pada berpatutan. Kasihan melihat si dia keletihan selepas seharian bekerja, apa kata kita sambut kepulangannya dengan set mengurut ini.
13. Kejutan majlis hari jadi. Aturkan majlis hari jadi kejutan atau surprise party buat si dia. Himpunkan teman-teman rapatnya yang boleh memberikan kejutan terbesar dalam hidup. Siapa sangka, kejutan itu menambahkan lagi kemesraan anda berdua.
No comments:
Post a Comment